Pertukaran sistem SmartTAG kepada RFID
Pengenalan mengenai isu ini, Menerusi kenyataan media yang diterbit,Memaklumkan yang bermula 15 Januari 2022, sistem RFID akan diaktifkan di rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan daripada Skudai, Johor, hinggalah Juru, Pulau Pinang. Ia menandakan permulaan RFID di semua lebuh raya Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Pelaksanaan ini menimbulkan masalah kepada pengguna apabila mereka terperangkap dalam kesesakan teruk di plaza tol. Semuanya gara-gara RFiD tidak lancar seperti yang diharapkan, ditambah tindakan operator lebuh raya Plus Malaysia Bhd (Plus) menukar sebahagian besar lorong SmartTAG kepada RFiD sedangkan majoriti pengguna masih kekal dengan peranti itu. Sejajar dengan pelaksanaan itu, mereka turut mengumumkan yang penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG di plaza tol akan diberhentikan secara berperingkat. Namun, tempoh masa yang dimaksudkan tidak pula diperincikan. Seterusnya kepada siapa yang mengusulkan sistem RFID, NORSHAHRIZAL NORDIN (Pemilik Idea Asal) merupakan pemegang...