Pertukaran sistem SmartTAG kepada RFID


Pengenalan mengenai isu ini,

Menerusi kenyataan media yang diterbit,Memaklumkan yang bermula 15 Januari 2022, sistem RFID akan diaktifkan di rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan daripada Skudai, Johor, hinggalah Juru, Pulau Pinang. Ia menandakan permulaan RFID di semua lebuh raya Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Pelaksanaan ini menimbulkan masalah kepada pengguna apabila mereka terperangkap dalam kesesakan teruk di plaza tol.

Semuanya gara-gara RFiD tidak lancar seperti yang diharapkan, ditambah tindakan operator lebuh raya Plus Malaysia Bhd (Plus) menukar sebahagian besar lorong SmartTAG kepada RFiD sedangkan majoriti pengguna masih kekal dengan peranti itu.

Sejajar dengan pelaksanaan itu, mereka turut mengumumkan yang penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG di plaza tol akan diberhentikan secara berperingkat. Namun, tempoh masa yang dimaksudkan tidak pula diperincikan.

Seterusnya kepada siapa yang mengusulkan sistem RFID,

NORSHAHRIZAL NORDIN  (Pemilik Idea Asal) merupakan pemegang pertama lesen Koridor Raya Multimedia (MSC),ideanya wujud sejak 11 tahun lalu dengan rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat.Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Usahawan Rekacipta dan Inovasi serta mempunyai ilmu serba sedikit mengenai RFID.Beliau pernah menyertai pameran teknologi RFID di Hanover German.RFID mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan telah menjalani proses percubaan tetapi tiada sambutan dan pengumuman tindakan drastik menukar Smart Tag kepada RFID mengundang kepada kebimbangan rakyat.Setiap lorong RFID perlu dipasang dengan antena ataupun pengesan untuk mengenal pasti identiti kenderaan, memproses permintaan bayaran dan memotong baki E-Wallet.

Kebaikan Kepada Pengguna:

  1. Aspek Isyarat Yang Stabil.
    • Pembacaan informasi yang sangat mudah, kerana bentuk dan bidang tidak dipengaruhi pembacaan.
  2. Urusniaga Tanpa Tunai Dan Tidak Menggunakan Tiket Fizikal.
    • Pengurusan parkir sesebuah kenderaan boleh masuk dan keluar dengan mudah tanpa hubungan dengan manusia.
  3. Sebagai Kunci Digital.
    • Dapat membaca informasi pada cip tersebut, dengan kaedah bayaran akan ditolak di dalam aplikasi eWallet.
  4. Mengurangkan Kesesakan Trafik.
    • Memudahkan urusan dan mempercepatkan masa kerana dapat membantu pengguna jalan raya untuk membuat bayaran tanpa perlu berhenti di plaza tol.

Masalah Yang Dihadapi:

  1. Trafik Sesak.
    • Lorong “Smart tag” dan “Touch n go” diganti dengan RFID.
  2. RFID Tidak Dapat Dikesan.
    • Pemandu terpaksa mengundurkan kenderaan.
  3. Dikenakan Caj.
    • Pengguna akan dicaj jika masuk atau keluar tol selain RFID.
  4. Pelekat Rfid Sensitif.
    • Pelekat RFID mudah terkoyak.
  5. Tambah Nilai Melalui Telefon Pintar.
    • Membebankan pengguna yang buta teknologi.

Cadangan Penambahbaikan:

Penandaan zon pengesanan RFID bagi membantu pengguna memposisikan kenderaan mereka bagi pengesanan pengguna. Meletakkan petugas pembantu perkhidmatan pelanggan di lorong RFID bagi membantu pengguna buta IT. Menambah lorong RFID bagi mengelakkan kesesakan trafik di lorong plaza tol.





Kesimpulannya,Pihak operator lebuh raya Plus Malaysia Bhd (Plus) dan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) ,Perlu menukar sistem tol secara perlahan-lahan agar dapat mengumpulkan maklumat atau informasi mengenai masalah mengenai sistem RFID agar dapat ditingkatkan sistemnya pada masa akan datang.Tidak lepas juga kita sebagai pengguna perlu cuba mengambil tahu dan belajar akan penggunaan sistem RFID selaras dengan zaman kini yang meningkat dalam penggunaan teknologi.

Ulasan